Setakat bulan September, seramai 90 orang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara akibat sindiket penipuan pekerjaan dan pemerdagangan manusia, sedang dalam proses dibawa pulang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.<br /><br />Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, seramai 171 orang telah selamat dibawa pulang, manakala baki 88 orang lagi masih sedang dikesan.
